Khamis, 7 November 2019

Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam atau Al-Arqam VS EKONOMI KAPITALIS

Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam atau Al-Arqam VS EKONOMI KAPITALIS

Bagaimana model perniagaan al-arqam?

Ia adalah berdasarkan komuniti sesama mereka dan simpatisan yg menyebabkan ekonomi al-arqam menjadi mantap. Mungkin kita boleh kaji dan tengok pros dan cons tentang perniagaan al-arqam. Ada dari sudut positif dan negatif.

Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri menganggarkan die hard follower dlm lingkungan 6000 dan simpatisan sekitar 10,000 - 15,000 pada tahun 1994.
Manakala dalam penulisan journal akademik menyebut bahawa simpatisan al-arqam berjumlah sekitar 200,000. (1)
Secara keseluruhannya, sehingga tahun 1993, Pertubuhan Darul Arqam telah mengendalikan 417 projek ekonomi, meliputi 56 buah kilang perusahaan yang mengeluarkan 60 jenama barangan yang berlainan, 20 pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku, 21 kedai jahitan, 12 bengkel kenderaan, 18 restoran, 33 bas dan 20 teksi. Darul Arqam juga merupakan perintis kepada industri makanan halal di Malaysia. Aset tetap Darul Arqam dalam negeri berjumlah RM300 Juta. (2)

Bukan itu sahaja mereka mempunyai klinik, tadika, sekolah dan studio rakaman. Kalau kita masih ingat Kumpulan Nasyid Nada Murni dan The Zikr. Setelah al-arqam diharamkan oleh kerajaan, nada murni telah diperkenalkan semula dengan nama Rabbani dan Hijjaz. The Zikr pula muncul semula dengan nama raihan. Ketiga kumpulan nasyid ini meletup dan Raihan menempa album puji-pujian yang paling laris dlm sejarah Malaysia 3.5 juta unit jualan kaset dan cd.

Bayangkan simpatisan sekitar boleh mewujudkan empayar perniagaan rm300 juta, kalau inflation adjusted 2018 dlm sekitar rm500 juta. Jumlah umat islam sekitar 19 juta atau 61% dari populasi penduduk malaysia. Kalau diambil kira pendapatan aktif hanya sekitar 8 juta. Bayangkan betapa besarnya pasaran halal di Malaysia untuk dimanfaatkan bersama.

Rujukan:
(1) Kamarulnizam, Abdullah (2003). The Politics of Islam in Contemporary Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. p. 100.
(2)Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001, Januari-Mac). Pemerintah dan gerakan Islam di Malaysia. (Pemikir: Membangun Minda Berwawasan), (iii), Pemikir diterbitkan empat kali setahun oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kerjasama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Jurnal Foreign Affairs.hlm. 114.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan