Selasa, 15 Oktober 2019

BUANG “ SAINTIS MELAYU YANG DI BUANG JEJAKNYA


Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace

Menurut dari video kumpulan kerja Isabella Desjeux.  Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia , yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia.

Penemuan kisah Buang bermula apabila , satu tapak yang hendak di bina sebuah sekolah di mulakan proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak besi . pada permulaannya mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu , apa yang mereka temui adalah manuskrip yang di tulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah di hantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja., Nigeria untuk di kaji.

Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr . Ola Madunagu. Beliau berkata
” Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dr Benyagak. Nama Penuh beliau adalah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul specimen”

Spesimen  yang di temui oleh Buang dan Wallace kemudian nya di hantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen. Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.

Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran  dokumntarinya berkaitan Buang. Beliau berkata , "suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam bidang perdagangan. Di mana Pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate, Perdagangan kerap di lakukan adalah Buluh, Tumbuhan Perubatan serta Logam Tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya di gunakan untuk tujuan pembuatan barang Kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan Temabaga sebagai alatan dalam makmal beliau."

Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata,”Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukan lah penduduk asal ternate , dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan buang, kerap membantu buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, buang adalah pembatu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah . dia juga membawa kotak khas yang muingkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."

Menurut Isabella di dalam dokumentari tersebut "dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik buang yang di temui itu, amat jelas , perbezaan budaya antara dua lelaki ini , iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau mengangkat kajian buang di mata dunia."

"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains belaiu..? memahami apa yang telah di temui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains , tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains”

Antara kajian buang yang di temui di dalam catitan nya adalah ‘menghasilkan tenaga mengunakan buah durian” dan juga tumbuhan.

Beberapa kajian berkaitan fizik juga di temui berkaitan momentum dan putaran , seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik  atau penerbangan

kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.

Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang , jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk di gunakan. mereka lebih sanggup menutup ilmu yang di pelopor oarng Melayu itu hilang dan di "senyapkan" supaya Bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.

Khamis, 10 Oktober 2019

SEJARAH MEMINDAHKAN 2 MAKAM SAHABAT RASULULLAH ﷺ


Pada tahun 1932 (1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi ﷺ) yang berkata:

“Wahai Raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat Nabi ﷺ) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang aman kerana kuburku sekarang dipenuhi oleh air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi oleh air.”

Mimpi yang sama terjadi pada malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak memperdulikan mimpi itu.

Pada malam ketiga Huzaifah Al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq pula. Huzaifah Al-Yamani berkata dalam mimpi Mufti itu:

“Aku telah memberitahu raja 2 malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi ia tidak peduli. Beritahulah kepada raja agar ia mahu memindahkan kuburan-kuburan kami.”

Lalu setelah mendiskusikan masalah ini, Raja Faisal, disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berhajat untuk melaksanakan tugas ini pada tanggal 10 zulhijjah. Pada waktu itu sedang musim Haji, maka para Jemaah Haji juga ikut berkumpul di kota Makkah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rencana itu hingga mereka selesai beribadah Haji kerana mereka juga ingin melihat proses pemindahan dari kedua tubuh sahabat Nabi ﷺ itu. Raja Faisal setuju untuk menangguhkannya hingga tanggal 20 Zulhijjah.

Setelah solat Zuhur pada hari tersebut, orang ramai berkumpul hingga penuh sesak di kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin malahan juga kaum Non-Muslim.

Ketika kubur Huzaifah al-Yamani dibuka segera mereka melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Huzaifah al-Yamani diangkat dengan sangat hati-hati dan kemudian jenazah yang nampak masih segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Pangeran Faruq dari Mesir diberi kehormatan untuk mengangkat tandu itu dan kemudian meletakkan jenazah di sebuah peti kaca yang dibuat khusus. Tubuh Jabir bin Abdullah Al-Ansari juga dipindahkan ke peti kaca yang sama dengan segenap penghormatan.

Kedua jenazah sahabat sejati Nabi ﷺ yang kurang dikenal kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh bakteria pengurai sedikit pun. Semua yang melihat seolah tidak percaya apa yang mereka saksikan.

Selain tubuh keduanya yang nampak segar bugar, pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya utuh dan kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua sahabat Nabi ﷺ dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja. Subhanallah!

Kedua jasad suci ini dibawa dan dikebumikan di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati Nabi ﷺ lainnya iaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK kurang lebih 30 batu jauhnya dari kota Baghdad.

Kejadian ajaib ini mengundang kekaguman para ilmuwan, ahli filsafat, dan para doktor. Mereka biasanya memberi analisa yang sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini tertunduk bisu terkesima dengan kejadian yang teramat menakjubkan ini.

Salah satu dari mereka, seorang ahli fisiologis dari Jerman yang sangat takjub dengan fenomena ini. Keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang telah dikuburkan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya tapi masih nampak segar. Oleh kerana itu, ia serta merta mendatangi dan memegang kedua tangan Mufti Besar Iraq dan berkata:

“BUKTI APALAGI YANG LEBIH MENGUATKAN BAHAWA ISLAM ITU BENAR. AKU SEKARANG MASUK ISLAM DAN TOLONG AJARI AKU TENTANG ISLAM”

Di hadapan orang ramai beribu-ribu jumlahnya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Melihat kejadian itu ramai orang lainnya yang beragama Kristian dan Yahudi turut menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih banyak lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.