Your Islamic Financial Consultant
Khamis, 7 November 2019
Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam atau Al-Arqam VS EKONOMI KAPITALIS
Sejarah dan Evolusi Tulisan Jawi di Tanah Melayu
Tulisan jawi sudah menjadi identiti orang Melayu sejak hampir 1000 tahun dahulu. Malangnya, ramai rakyat Malaysia sendiri yang terkeliru antara tulisan Jawi dan bahasa Arab dengan menganggap kedua-duanya adalah perkara yang sama. Hal ini tidak benar sama sekali.
Walaupun tulisan Jawi menggunakan huruf-huruf Arab, ia hanyalah sejenis tulisan dimana sebutan dan ejaannya adalah untuk penggunaan Bahasa Melayu. Disebabkan inilah, terdapat penambahan beberapa huruf Jawi dalam tulisan Jawi bagi memudahkan pengejaannya dalam Bahasa Melayu
Suatu ketika dahulu, dalam kalangan orang Melayu sendiri tulisan Jawi ini merupakan antara tulisan utama di Tanah Melayu. Malah, orang Melayu sendiri sentiasa menggelar diri mereka orang Jawi yang berasal dari tanah Jawi. Kerana hubungkait rapat antara masyarakat Melayu dan Islam, maka seringkali disebut orang Melayu yang memeluk agama Islam disebut "masuk Jawi".
Walau bagaimanapun, penjajahan negara-negara Barat dan Akta Bahasa Kebangsaaan yang diwartakan pada tahun 1963 yang mengisytiharkan tulisan Rumi sebagai tulisan Rasmi negara telah sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh tulisan Jawi di Malaysia.
Mengikut sejarah, kedatangan orang Arab dan proses Islamisasi di Tanah Melayu suatu ketika dahulu telah membawa kepada kemunculan tulisan Jawi. Perkara ini sememangnya tidak dapat dinafikan memandangkan sumber utama orang Islam adalah Al-Quran yang hadir dalam Bahasa Arab.
Walaupun orang-orang Arab pada ketika itu datang dari pelbagai negara yang membawa sama pelbagai jenis bahasa (seperti bahasa Parsi), bahasa Arab lebih dominan memandangkan ianya adalah bahasa Al-Quran.
Untuk tujuan penyebaran dan pendidikan, para pendakwah Arab ketika itu perlu menulis dan menterjemahkan Al-Quran dan buku-buku agama lainnya dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dan dengan itu lahirlah manuskrip dalam tulisan Jawi yang lebih dikenali sebagai Kitab Kuning.
Tulisan Jawi juga merupakan tulisan yang paling berkuasa di Tanah Nusantara suatu ketika dahulu. Malah, surat Raja-Raja Melayu kepada pemerintah luar seperti England, Portugal dan Perancis kesemuanya ditulis dalam tulisan Jawi
Tulisan Jawi sangat sinonim dengan orang Melayu dan sudah dianggap sebagai identiti orang Melayu selain Bahasa Melayu itu sendiri. Malah, tulisan ini juga sudah dikaji oleh banyak tokoh-tokoh besar dunia antaranya seorang pakar tulisan Jawi, Profesor Dr. Kang Kyoung Seok dari Korea Selatan.
Pada peringkat awal, tulisan Jawi ini adalah usaha orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan tertentu untuk tujuan peribadi semata-mata dan bukanlah untuk kegunaan masyarakat umum. Oleh itu, lahirlah beberapa sistem ejaan Jawi.
Antara manuskrip terawal yang menggunakan tulisan Jawi adalah tulisan Bustan al-Katibin yang ditulis oleh Raja Ali Haji. Beliau dipercayai antara orang terawal yang "membangunkan" tulisan ini selain tokoh-tokoh terkenal lain seperti Syeikh Ahmad al-Fatani (pada 1288H/1871M).
Walaupun sistem ejaan yang diperkenalkan tidak tersebar secara meluas, ianya sangat berguna untuk mentafsirkan kitab Arab ke dalam Bahasa Melayu. Kemudian, lahir pula sistem ejaan Pakatan yang diperkenalkan oleh Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman di bawah Persatuan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) atau singkatannya Pakatan.
Selepas sistem ejaan Pakatan, lahir pula sistem ejaan Za'aba yang diperkenalkan oleh pendeta Za'aba. Sistem ejaan bagi tulisan Jawi terus berevolusi dan lahir pula sistem ejaan Dian sebelum Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif memperkenalkan ejaan tulisan Jawi yang lebih sistematik, teratur dan menyeluruh,
Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa sistem ejaan tulisan Jawi yang pernah wujud:
Sistem Ejaan Jawi Pakatan
Sistem Ejaan Jawi Za’aba
Sistem Ejaan Jawi Dian
Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
Bagi penyesuaian ejaan dengan bunyi atau sebutan dalam bahasa Melayu, pelbagai huruf Jawi telah ditambah seperti چ /cha/, ڤ /pa/, ڬ /ga/, ڠ /nga/, dan ڽ /nya/. Huruf-huruf ini tidak terdapat dapat huruf Arab dan dipercayai diambil daripada bahasa Parsi.
Terdapat 31 huruf yang diambil daripada bahasa Arab. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah menambah 6 lagi huruf baru, menjadikan keseluruhan 37 huruf yang terdapat dalam sistem tulisan Jawi.
Semasa zaman penjajahan, tulisan Jawi digunakan secara meluas di kawasan Kepulauan Melayu dalam pelbagai bidang antaranya falsafah, perundangan, perdagangan, sastera dan kesenian. Malah, tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman penjajahan British.
Kepentingan tulisan ini dapat dilihat apabila ianya digunakan dalam penulisan dokumen-dokumen penting seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan banyak lagi semua ditulis dalam tulisan Jawi.
Penggunaan meluas tulisan Jawi juga dapat dibuktikan pada penemuan Batu Bersurat di Kuala Terengganu yang dipercayai wujud sejak tahun 1303M lagi. Dalam penerbitan akhbar pula, surat khabar Melayu yang pertama bernama Jawi peranakan yang diterbitkan dari 1876 hingga 1895 juga ditulis dalam tulisan Jawi.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dokumen pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu tahun 1957 yang ditandantangan oleh Tunku Abdul Rahmah juga sebenarnya ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan betapa pentingnya peranan tulisan Jawi di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
<iframe width="300" height="150" src="https://www.youtube.com/embed/KbAm38NJi28" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>
Sindiran P Ramlee dalam filemnya terhadap orang Melayu sendiri yang tidak pandai membaca tulisan Jawi.
Walaupun tulisan Jawi ini sangat sinonim dengan bangsa Melayu, amat menyedihkan pada masa kini kerana boleh dikatakan begitu ramai orang Melayu sendiri yang tidak boleh membaca dan menulis tulisan Jawi. Tulisan Jawi dianggap sangat asing terutamanya bagi generasi muda masa kini.
Prof Dr. Kang Kyoung Seok, seorang pakar tulisan Jawi yang mengkaji tulisan ini sejak 1974 sendiri mengatakan bahasa tulisan Jawi ini sangat tenat dan jika tidak dipelihara dan diajarkan ke generasi muda, ia mungkin akan pupus satu hari nanti.
Selasa, 15 Oktober 2019
BUANG “ SAINTIS MELAYU YANG DI BUANG JEJAKNYA
Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace
Menurut dari video kumpulan kerja Isabella Desjeux. Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia , yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia.
Penemuan kisah Buang bermula apabila , satu tapak yang hendak di bina sebuah sekolah di mulakan proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak besi . pada permulaannya mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu , apa yang mereka temui adalah manuskrip yang di tulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah di hantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja., Nigeria untuk di kaji.
Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr . Ola Madunagu. Beliau berkata
” Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dr Benyagak. Nama Penuh beliau adalah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul specimen”
Spesimen yang di temui oleh Buang dan Wallace kemudian nya di hantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen. Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.
Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran dokumntarinya berkaitan Buang. Beliau berkata , "suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam bidang perdagangan. Di mana Pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate, Perdagangan kerap di lakukan adalah Buluh, Tumbuhan Perubatan serta Logam Tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya di gunakan untuk tujuan pembuatan barang Kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan Temabaga sebagai alatan dalam makmal beliau."
Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata,”Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukan lah penduduk asal ternate , dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan buang, kerap membantu buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, buang adalah pembatu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah . dia juga membawa kotak khas yang muingkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."
Menurut Isabella di dalam dokumentari tersebut "dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik buang yang di temui itu, amat jelas , perbezaan budaya antara dua lelaki ini , iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau mengangkat kajian buang di mata dunia."
"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains belaiu..? memahami apa yang telah di temui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains , tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains”
Antara kajian buang yang di temui di dalam catitan nya adalah ‘menghasilkan tenaga mengunakan buah durian” dan juga tumbuhan.
Beberapa kajian berkaitan fizik juga di temui berkaitan momentum dan putaran , seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik atau penerbangan
kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.
Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang , jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk di gunakan. mereka lebih sanggup menutup ilmu yang di pelopor oarng Melayu itu hilang dan di "senyapkan" supaya Bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.
Khamis, 10 Oktober 2019
SEJARAH MEMINDAHKAN 2 MAKAM SAHABAT RASULULLAH ﷺ
Pada tahun 1932 (1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi ﷺ) yang berkata:
“Wahai Raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat Nabi ﷺ) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang aman kerana kuburku sekarang dipenuhi oleh air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi oleh air.”
Mimpi yang sama terjadi pada malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak memperdulikan mimpi itu.
Pada malam ketiga Huzaifah Al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq pula. Huzaifah Al-Yamani berkata dalam mimpi Mufti itu:
“Aku telah memberitahu raja 2 malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi ia tidak peduli. Beritahulah kepada raja agar ia mahu memindahkan kuburan-kuburan kami.”
Lalu setelah mendiskusikan masalah ini, Raja Faisal, disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berhajat untuk melaksanakan tugas ini pada tanggal 10 zulhijjah. Pada waktu itu sedang musim Haji, maka para Jemaah Haji juga ikut berkumpul di kota Makkah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rencana itu hingga mereka selesai beribadah Haji kerana mereka juga ingin melihat proses pemindahan dari kedua tubuh sahabat Nabi ﷺ itu. Raja Faisal setuju untuk menangguhkannya hingga tanggal 20 Zulhijjah.
Setelah solat Zuhur pada hari tersebut, orang ramai berkumpul hingga penuh sesak di kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin malahan juga kaum Non-Muslim.
Ketika kubur Huzaifah al-Yamani dibuka segera mereka melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Huzaifah al-Yamani diangkat dengan sangat hati-hati dan kemudian jenazah yang nampak masih segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Pangeran Faruq dari Mesir diberi kehormatan untuk mengangkat tandu itu dan kemudian meletakkan jenazah di sebuah peti kaca yang dibuat khusus. Tubuh Jabir bin Abdullah Al-Ansari juga dipindahkan ke peti kaca yang sama dengan segenap penghormatan.
Kedua jenazah sahabat sejati Nabi ﷺ yang kurang dikenal kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh bakteria pengurai sedikit pun. Semua yang melihat seolah tidak percaya apa yang mereka saksikan.
Selain tubuh keduanya yang nampak segar bugar, pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya utuh dan kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua sahabat Nabi ﷺ dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja. Subhanallah!
Kedua jasad suci ini dibawa dan dikebumikan di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati Nabi ﷺ lainnya iaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK kurang lebih 30 batu jauhnya dari kota Baghdad.
Kejadian ajaib ini mengundang kekaguman para ilmuwan, ahli filsafat, dan para doktor. Mereka biasanya memberi analisa yang sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini tertunduk bisu terkesima dengan kejadian yang teramat menakjubkan ini.
Salah satu dari mereka, seorang ahli fisiologis dari Jerman yang sangat takjub dengan fenomena ini. Keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang telah dikuburkan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya tapi masih nampak segar. Oleh kerana itu, ia serta merta mendatangi dan memegang kedua tangan Mufti Besar Iraq dan berkata:
“BUKTI APALAGI YANG LEBIH MENGUATKAN BAHAWA ISLAM ITU BENAR. AKU SEKARANG MASUK ISLAM DAN TOLONG AJARI AKU TENTANG ISLAM”
Di hadapan orang ramai beribu-ribu jumlahnya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Melihat kejadian itu ramai orang lainnya yang beragama Kristian dan Yahudi turut menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih banyak lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.
Khamis, 26 September 2019
SURAT-SURAT TERAHSIA MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN PENJAJAH.
1454 Masihi,surat ini sampai ke tangan Sultan Melaka.
"
Dari hamba Allah,
Penakluk Konstantinopel,
Sultan Mehmed II Al-Fatih Ibn 'Sultan Murad,
Khalifah Empayar Uthmaniyyah,
Amirul Mu'minin (Pemimpin Dunia Islam)
Yang dianugerahkan Allah kekuatan,
Oleh orang yang telah mengajar Islam kepada kita ,setelah wafatnya junjungan mulia Muhammad s.a.w.
Dengan berkah Allah Yang Mahakuasa. Semoga Allah memberikan Empayar Khalifah sebagai keamanan dan kekuatan yang kekal untuk melindungi Empayar Umat Islam.
Kepada,
Hamba Allah, Sultan Al-Malayuwiyah (Melayu),
Ketua Panglima bangsa Tak terkalah Bani Jawi (Jawi adalah julukan Arab untuk orang Melayu),
Gabenor beragama Islam di Jauh Timur,
Pemimpin masyarakat Al-Malayuwiyah yang telah disayangi dan dipuja oleh Nabi Muhammad s.a.w,
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Sultan Mansur Syah 'Al-Adil' (Hakim Yang Bijaksana), semoga Allah memberkati kamu selalu.
Pada hari ini tahun 1453, Empayar Uthmaniyyah telah mencapai kemenangan terbesar sepanjang masa, ketika Dunia Islam telah merampas bandar Constantinople(Istanbul Hari ini), sebagaimana yang dinubuwahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi kita ratusan tahun yang lalu.
Oleh itu, saya dengan rendah hati berharap bahawa anda akan menyertai kami dalam Perayaan untuk kemenangan hebat ini dan dengan harapan bahawa Kesultanan Melayu Melaka akan sentiasa menyokong Empayar Uthmaniyyah sebagai Wakil Allah di dunia ini, untuk melawan ketidakadilan dan kemungkaran kaum kafir , dengan nama Allah Yang Maha Kuasa.
Saya juga dengan rendah hati berharap bahawa anda akan membawa bersama Laksamana terbaik anda yang namanya terkenal telah diterjemahkan secara meluas di setiap pelosok Asia.
(Pemuda "X" yang berusia 22 tahun - Laksamana Muda Hang Tuah)
Saya ingin bertemu dengannya, seperti yang saya suka dan mengagumi dia, dan kerana Allah, saya akan menjadi orang paling beruntung di dunia jika saya berpeluang bertemu dengan 'Laksamana Hang Tuah Ibn Hang Mahmud' dari Melaka dengan mata kepala sendiri.
Semoga Allah memberikan damai dan keharmonian kepada Melaka.
Yang Benar,
Sultan Mehmed II Al-Fatih
(Tulisan Tugra dengan Tandatangannya)
Sultan Empayar Uthmaniyyah "
Terjemahan Surat (Tulisan Turki) Sultan Muhammad Al Fateh kepada Sultan Melaka & Panglima Perang Melayu ketika itu #HangTuah.
Tulisan tangan personel dari Sultan Al Fateh kepada Kerajaan Islam Melaka.
Melalui surat ini,Hang Tuah terus ke Turki #Bersendirian (1454 Masihi) Sultan tak dapat hadir atas asbab tertentu.
Membawa bersama senjata utama Panglima Perang Islam Melaka,senjata yang paling halus & terperinci ditempa di Melaka iaitu Sundang ,Pedang Keris (Dalam gambar) sebagai hadiah bagi mewakili kerajaan Sultan Melaka.
Penghargaan dan ucapan tahniah dari Kesultanan Islam Melaka kepada Khilafah Islam Kerajaan Al Fateh dan tenteranya menawan Konstatinopel .
Disana beliau dipeluk oleh Sultan Al Fateh,beliau menangis sambil membisikkan sesuatu...(Dirahsiakan hingga kini).Ketika itu ,Hang tuah berumur 23 tahun, manakala Al fateh 22 tahun.Darah muda yang benar-benar mengagumkan umat Islam dunia dan nusantara hingga kini.
Hari ini pembuktian sejarah,ianya disimpan rapi (Muzium Topkapi,istanbul),sebagai hadiah paling Istimewa yang di wasiatkan khas kepada anak kandung Sultan Al fateh (Beyazid)
Surat-surat balasan yang ditulis oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka kepada Sultan Mehmed II Al-Fatih, tahun 1454 AD, masih disimpan di Arkib dan Perpustakaan Diraja London.
Sabtu, 21 September 2019
Bani Jawi , Imam Mahdi VS Yahudi
Terdapat satu kajian bahawa bangsa Mala@ Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiganya yang bernama Siti Qaturah@Keturah.
Masih adakah lagi masa untuk menjejaki mereka ? Rupa-rupanya ‘Di hujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak bertapa !
Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 orang para sahabat telah mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Jangan dirisaukan keselamatan al Mahdi. Baginda tetap dalam peliharaan Allah.
Jadilah ahli sembahyang dan jangan ditinggal sembahyang malam dan pelajarilah ilmu fadhail dan masail sebaik-baiknya. Jangan pisahkan lagi nama Allah dari lidah-lidah dan hati kamu. Jangan lalai berselawat ke atas Rasulullah SAW dan beristighfarlah belasan ribu kali setiap hari.
Perbaikilah niat kamu sehari-hari semata-mata hidup ini mencari redha Ilahi semata-mata. Kita bukan berjuang untuk pangkat, nama atau pun harta.
Isnin, 16 September 2019
Iluminiti VS bangsa melayu
Daulah Islam pasti akan bangkit dibumi bertuah ini. Soalnya bagaimana?
Perancangan Yahudi Memusnahkan Islam Melayu. (Wajib Baca) Bersiap Sedialah
Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia, mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia”Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman.
Kenapa Kaum Pathan?
Kenapa Arab?
Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai “pengganas” dan membuat helah untuk menghancurkannya.Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil.
Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terbaru, selapas ini pastinya Syria pula. Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan.Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya.Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya dan Afghanistan.
“MELAYU” BANGSA MISTERI
Untuk orang Melayu (Nusantara keseluruhannya) keadaan agak unik. Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.Ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun. Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan. Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik, kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal.
Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA.
Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction). Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan “Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku”. Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah.